2015-09-02

My 3rd Pregnancy Diary - Transfer Hospital & Labour Room at HKL

Alhamdullilah..panjang betul perjalanan sejak semalam..

Dari KJMC selepas mendapat Dexa shot (10pm) di transfer to HUKM...
Then HUKM transfer ke HKL kerana semua hospital kehabisan ventilator malam tadi sebab bukaan dah 2cm and contraction is 3times in 10minutes.. (but it's not hurt at all)

Kul 5am diadmit terus ke labour room HKL sbb dah buka 4cm..contraction menurun sampai la pagi tadi at 10am tuk dapatkan 2nd Dexa shot..

At 1pm doc wanted to release me to ward sbb contraction dah mcm takde langsung..

At 2pm hubby bawa makanan and makan..rasa loya2 kuat mkn half je..lepas makan contraction naik balik ke 2times in 5minutes..then every 2-3minutes once..still not hurt ar all..rasa contraction tu mcm kena cubit2 je..

At 5pm doc pecahkan ketuban even though baru 4cm sbb katanya baby's heart beat bagus tuk pecahkan..

Around 15minutes after that mula rasa the real contraction..Not taking any medicine/pain killer at all..

Setelah bertarung almost 2hours, dari 5:15pm to 6:55pm, rasa nak buang air and they check that Im already at 10cm..

Our 2nd princess came out at 7:05pm with the weight of 2.57kg..Alhamdullilah..

No need any ventilator..so they should have not transfer me here and there last night..buang masa je..but our princess need an oksigen mask for half and hour..



Sambungan from my last post (CLICK HERE)




So we went to HUKM, HUKM kata diaorang tak dapat terima sebab tak cukup ventilator juga..
Diaorg kata baik terus ke HKL atau Hospital Ampang...
Selalunya memang kat situ la baby akan di hantar kalau tak cukup ventilator..

Then kami ke Kg Baru, Hospital Pakar Al-Islam...
DIaorang tak terima sebab nad tak pernah checkup kat situ..
Mereka pun suggest HKL..

So sebab takde idea nak kemana lagi, kami terus ke HKL...
Masa tu almost kul 2am...

Takde orang pun kat Hospital Bersalin tu...
Tapi time menunggu nak daftar, and tunggu doc sampai tuk check jalan memang lama...
Doc sampai dalam kul 3:15am macam tu...

Itu pun tak terus check..
Tunggu dalam bilik check tu almost setengah jam sebelum dia check jalan..

Katanya almost 3cm..

Then kena tunggu lagi untuk scan..
Another 1hour wait...
Tak tau apa masalahnya sedangkan memang takde orang pun pagi2 tu..
Bila dah scan doc said "We have to admit you to labour room"..
"Baby is fine but sebab you anak ketiga and dah buka jalan almost 3cm kami tak nak amik risiko"


So I was admited to the labour room at 5am macam tu..
Nad tanya nurse "Boleh tak saya nak ke toilet and solat subuh dulu sebelum pasang apa2 pada saya?"
Nurse kata "Eh..dah masuk labour room dah tak boleh bangun dari katil and tak boleh keluar. Nak kencing pun kena atas katil. Guna bed pan"
Aduhai..
Masalah pula nak solat..
Macam mana la diaorg tak bagi gi solat..
Bukan nak beranak pun time tu..

Sedih rasa..

Sebab nad nak kencing and nurse tu bagi bed pan and kencing dalam tu then tuk cuci tuang air je, nad rasa tak berapa bersih and rasa was-was nak solat duduk/baring..
So nad amik keputusan untuk ganti solat selepas habis darah nifas..
Anak2 sebelum ni semuanya kat HUKM and nad sempat solat subuh..
And anak2 keluar sebelum masuk waktu zohor.. Hubby plak masuk waktu je terus ke masjid tuk solat subuh and came back into labour room tuk teman nad..

When he's back CTG machine dah dipasang and boleh tgk contraction 3kali every 10 minutes...
But mmg tak rasa sakit teruk pun..
Rasa macam orang main cubit2 je...
Hubby and me, we talk and laugh and then we sleep sebab sepanjang malam tak tidur..
Once in a while.kalau tengok contraction graf macam makin menurun..
Around 12pm kami terjaga..
Terasa lapar yang amat..
Nurse tolong dapatkan air milo and roti kosong for me tuk tahan lapar..
Sebelum hubby datang balik belikan makanan untuk nad..
Sepatutnya nad dapat meals but tak tau mana silapnya nurse terlupa untuk order my meals...
Hubby gi masjid tuk solat zohor and belikan my lunch..

Around 1pm doc datang and tengok CTG..
Dia kata nak keluarkan nad from labour room and masukkan ke wad sebab contraction macam dah takde..
Alamak..masuk wad?
Kalau baby lambat lagi nak keluar lagi lama la nad kena tahan dalam wad..
Dah la wad dia no privacy langsung..
Tirai pun takde..
Hubby pun tak.leh nak tunggu 24jam masa macam dalam labour room..
Memang susah la macam ni..

Hubby sampai je ngan my lunch around 2pm nad cakap kat hubby doc nak keluarkan dari labour room and masuk wad..
Hubby said doa2 la supaya tak perlu keluar labour room and masuk wad..
Kalau baby betul nak keluar baik keluar je skrg..
Nad pun fikir macam tu..
Nad berdoa dalam hati supaya Allah mudahkan baby keluar je tak yah tunggu2 lagi supaya nad perlu kena tahan di wad plak..

Nurse kata lepas makan nanti nad akan ditukarkan ke wad..
So nad pun makan la lunch hubby belikan..
Nad ingat lagi Nasi Tomato ngan Ayam Masak Merah..
Sedap la but nad terasa loya and tak habis pun makan...
Yup kali ni pregnancy memang loya sampai la nad bersalin..

In half and hour lepas makan contraction nad datang balik..
Kali ni 2kali dalam masa 5minit..
Nurse panggil doc and doc check, doc kata takpe kita tak perlu transfer wad..
Just tinggal dalam labour room...
Masih lagi rasa macam cubit2 manja macam contraction datang..

Around 4pm hubby ke masjid solat asar...
Kul 5pm hubby tak sampai labour room lagi but gyne dah masuk and check jalan sekali lagi...
Dia kata dah 4cm and dia nak terus pecahkan air ketuban sebab dia tengok jantung baby tengah stabil..
Dia tak nak biarkan takut nanti sampai satu masa jantung baby tak stabil and bukaan masih kecil..

Gyne tanya "Macam mana pregnancy you sebelum ni?"
Nad bagitau la "1st kid a son, 35weeks and 2nd kod a daughter 34weeks. Both same macam sekarang. Gyne pecahkan ketuban and after 2hours baby keluar"
Gyne tu kata "Cepat juga ye"

So gyne pun terus pecahkan air ketuban..
Hubby pun sampai...
Cakap la doc dah pecahkan air ketuban..
15 minutes later terasa la the real pain of contraction..
Ughhhh...
Hubby pun start baca al-quran..
Masa contraction gigil2 tahan sakit...
Gengam tangan hubby kuat2..
Sambil cakap "Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah"
Sometimes zikir "Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar"
Tapi memang lega sikit sakitnya bila dengar hubby baca quran...
Merdu je dengar..
Rasa lapang and lega je...

Memang nad tak amik apa2 medication macam masa anak 1st and 2nd..
1st child amik gas..
2nd child amik epidural..
Kali ni takde pape..
Berserah je..

Selepas 2jam menahan sakit contraction nad rasa nak terbuang air besar..
Tapi nad tak bagitau je sebab sekejap sangat rasanya..
Not ready yet at least for me la..

But 5minutes later doc came and ask "You macam mana? Ada rasa nak buang air besar tak?"
Nad cakap "Yes, but sekejap sangat."

Dengar je nad cakap mcm tu terus gyne kata "Let me check the way. Maybe you dah buka habis dah ni"
So dia check jalan and said "Yup. 10cm already"
So nurse pun kelam kabut prepare semua barang2..
Gyne tu kata lagi "Come and try this first. Baring sebelah kiri and gengam the bed bar and teran. Bagitau ada rasa nak buang air besar tak?" 

So nad pun try la..
3kali nad teran masa contraction sambil memgiring ke kiri and berpaut and gengam kuat bed bar tu..
But still takde rasa nak buang air tu lagi..
Gyne tanya nad kata "Takde rasa pape pun"
"Memang not ready lagi" nad sambung cakap dalam hati.

Gyne kata "Ok nevermind. Kita try cara biasa, baring macam biasa"
Then the gyne and nurse position me macam orang nak melahirkan baby..
Tengah sibuk2 tu then suddenly rasa nak buang air besar lagi..
Kali ni lagi kuat dari tadi..

Gyne said "Kalau rasa nak buang air besar teran kuat2"
So I push..
Ingat ye bila nak push kena tahan nafas and push kuat2 tanpa keluarkan suara..
Lagi kuat you bersuara masa push lagi kurang tenaga akan disalurkan untuk push baby..

Contraction stop , I stop pushing..
Gyne said "Get ready for next contraction ye. Push as hard as you can"
Then it came.
So nad pun teran la sekali lagi sekuat yang boleh and then terasa kepala baby keluar, and tiba2 "Plupp" seluruh badan baby keluar..
Nad nampak badan baby tercampak keluar atas tilam..
"Mak oii kuat sangat ke aku push sebab terpelanting dia keluar" nad fikir dalam hati.
Tapi masa tu dah rasa lega yang amat..
And gyne tu sebut "7:05 PM"

Masa nad rasa kepala baby keluar nad nmpk gyne get ready tuk pusingkan badan baby, but sebab tiba2 je badan baby pun terkeluar sekali masa nad teran tu memang tak sempat gyne nak sambut..
Sebab tu baby jatuh atas tilam..
Siap leh dengar gyne cakap ngan kawan dia "Eh..alamak tak sempat nak pusing."

Then gyne angkat baby and asked me to tengok and sebut jantina baby..

"Girl" nad cakap..
Then the nurse take her away..
Masa keluar tu yes baby did cry..
Alhamdullilah...

Sebelum gyne keluar dia kata "Congratulation"
And nad kata "Ok. Thanks to you"
Then gyne keluar.

Now mula la process keluarkan uri dan jahitan pulak..
Aduh..
Ni yang paling tak suka..

Nurse cakap nad luka sebelah tepi dalam..
Sebelah luar semua ok...
Jahit dalam 5-7 stich katanya...
Urghhh..
Tak boleh nak cerita..
Ngilu rasa...


Then habis jahit nad tanya "Nurse baby mana?"
Sebab anak2 sebelum ni semuanya akan dibawa masuk balik ke bilik labour room..
And masa nad kena jahit tu dah nampak baby dlm bekas dia kat tepi..
Kali ni baby takde lagi...
Nurse kata "Jap saya tengok kan"


Then bila nurse masuk balik dia kata "Baby kena guna oksigen mask, so dalam setengah jam lagi boleh bawa baby masuk sini"
Dah apa kena plak ngan anak aku nad fikir.
"Kenapa kena oksigen mask? Dia tak boleh bernafas sendiri ke?" nad tanya nurse.
"Boleh, cuma tadi lepas keluar dia kekurangan oksigen. Oksigen tu untuk help dia sikit sebelum dia sesuaikan diri bernafas dengan betul. Tak perlu risau. Untuk baby premature biasa la tu. Paru2 masih muda. Kalau suami nak tengok boleh pergi kat luar tu" terang nurse tu.
Nad angguk kepala je.

Hubby plak keluar dari labour room and pergi tengok baby.

Then masa nurse start kemas2 labour room tu dia mula bercerita..
"Kalau puan nak tau, gyne yang sambut baby tadi tu birthday dia hari ni. Sama la ngan baby puan. Masa dia masuk shift tadi dia awal2 dah cakap "Saya nak sambut baby puan yang ni, sebab dia nmpak macam akan keluar hari ni and nanti akan sama birthday ngan saya"
Nad seyum and said "Oh ye ke. Nanti cakap happy birthday kat doc tu ye"
Coz nad tau selalunya memang tak akan jumpe balik gyne tu..
Sebab dah bersalin nad and baby akan di pass ke doc lain pulak..

She looks so pure

Daddy and new princess











Bila baby dibawa ke labour room, hubby qamatkan..
Then baru diberi pada nad..
Ya Allah..
Indah sungguh ciptaan Allah...
Belek2 dia kejap dengan hubby..
Then nad susukan..
Susu memang masa pregnant lagi dah keluar..
Masa susu tu nurse hantar milo and biskut..
Nurse pesan "Kalau lapar kena beli dinner di luar sebab kitchen dah tutup"..

Lepas susukan, nad makan and minum bekalan yang  nurse bawa tadi..
Memang terasa laparnya..
Sebab last sekali makan is masa lunch, itu pun tak habis and tenaga dah habis masa push tadi...
Dalam 9 lebih nad dihantar ke wad..
Bila nad dah settle hubby pun keluar tuk beli sedikit barang2 and my dinner of coz...


Nad sempat nap sekejap sebelum hubby sampai balik..
Hubby belikan Nasi Lemak dengan Telur Mata untuk nad..
Katanya takde makanan berat lain dah..
Hehe..
Tibai je la...
Sepatutnya dah mula pantang and tak leh makan yang berminyak sangat...

Then hubby sempat belikan juga anggur hitam, bun coklat and biskut Luxury Original..

Takut nad lapar tiba2 plak..
And then he went home..
Tinggal la nad kat wad with my new baby...

Tiba2 ada nurse tegur sambil tunjuk bungkusan kat side table "Eh..hubby you dah balik ke? Kenapa tak bawa balik uri ni?"
Lorrr...terlupa la tu..
Nad terus call hubby..
Dia kata dia memang terlupa and dia d rumah dah half way sampai rumah masa tu..
But what to do..
Kena la patah balik..
Nasib baik la malam, tak banyak kereta...
:D



In anticipation of your valued response,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...